INTERNSHIP


INTERNSHIP

1.   KONSEP

Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan pensyarah pembimbing. Internship juga memberi peluang  kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan  guru permulaan yang berkesan.


2.   OBJEKTIF

Melalui program internship, pelajar akan dapat:

a)    Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah  
b)    Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas
c)    Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan
d)    Berkomunikasi secara berkesan dengan  komuniti sekolah  dalam pelbagai situasi 
e)    Menguruskan  masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah seorang guru
f)     Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan
g)    Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa
h)    Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan  bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan.
i)      Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan  nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.

3.         PROSEDUR PELAKSANAAN

(i)         Syarat

Pelajar telah menyempurnakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan praktikum mengikut struktur kursus yang telah ditetapkan.


            (ii)   Penempatan

Pelajar ditempatkan di sekolah yang sama semasa menjalani Praktikum 3.
     
     


(iii) Tempoh  

Pelajar perlu  menjalani internship selama empat minggu dalam semester lapan.


           (iv) Bilangan Waktu Mengajar

a)    Minimum 2 waktu  seminggu

b)    Maksimum 4 waktu  seminggu

c)    Pelajar wajib mengajar mata pelajaran major.

d)    Pelajar major prasekolah dikehendaki mengajar 1 hari pengajaran sepenuhnya dalam seminggu.


4.         PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

(i)    Pelajar
  
a)     Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum

b)     Memahami, menghayati  dan berusaha mencapai matlamat dan objektif
                internship

c)    Berbincang dengan pengurus sekolah dan  mentor untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa internship

d)    Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan staf sokongan di sekolah

e)    Mematuhi dan mengamalkan Etika Profesion Perguruan, peraturan IPGM, dan peraturan sekolah

f)     Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti  anjuran sekolah di sepanjang tempoh praktikum

g)    Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari persekolahan

h)    Mendapatkan sukatan pelajaran  dan huraian sukatan pelajaran 

i)      Menulis persediaan mengajar sebelum melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan

j)      Menyediakan perancangan dan pelan tindakan projek atau aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan diri murid atau perkembangan profesional guru di sekolah

k)    Melaksanakan projek atau aktiviti dan menilai keberkesanannya

l)      Mengamalkan penulisan jurnal reflektif berdasarkan isu atau masalah yang kritikal semasa  internship. Penulisan jurnal  dibuat berdasarkan tempoh masa yang diambil  bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang difokuskan (Rujuk Lampiran 2-3 dan 2-3A)

m)  Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu komponen kokurikulum  (Rujuk Lampiran 2-4A)

n)    Melengkapkan dan mengemaskinikan portfolio internship

o)    Melengkapkan dan menghantarkan borang kehadiran internship ke Unit Praktikum

p)    Menyerahkan portfolio internship yang telah dilengkapkan kepada pensyarah pembimbing pada minggu kedua selepas tamat  internship.

5.         PROJEK/AKTIVITI INTERNSHIP

            Pelajar dikehendaki memilih mana-mana projek/aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum atau kokurikulum yang dijalankan di sekolah.

            Contoh projek/aktiviti yang boleh dilaksanakan:
·         Melaksanakan tugas sebagai guru kelas
·         Menguruskan perhimpunan mingguan
·         Merancang dan mengelolakan pertandingan peringkat sekolah
·         Merancang dan menguruskan program motivasi peringkat sekolah
·         Merancang dan mengelolakan projek/aktiviti keceriaan dan kebajikan komuniti sekolah
·         Merancang dan menguruskan pertandingan sukan
·         Merancang dan menguruskan aktiviti unit beruniform
·         Merancang dan menguruskan pelaksanaan kursus dalaman untuk warga sekolah


6.     PENILAIAN INTERNSHIP

Penilaian prestasi pelajar dalam internship  dibuat oleh pengurus sekolah dan mentor pada minggu akhir berasaskan kepada  komponen-komponen yang dinyatakan  dalam Jadual 4.1


Komponen Penilaian
Rujukan
Wajaran
1.  Kemahiran interpersonal
     dan intrapersonal
Pengurus sekolah dan mentor
10%
2   Perancangan projek/aktiviti
Porfolio internship
10%
3.  Pelaksanaan projek/aktiviti
Portfolio internship
30%
4.  Penilaian projek/aktiviti
Portfolio internship
10%
5.  Jurnal reflektif
Portfolio internship
10%
6.  Sikap dan sahsiah
Pengurus sekolah dan mentor
30%
Jumlah
100%

Jadual 4.1: Komponen Penilaian Internship





























LAMPIRAN 3































LAMPIRAN 3-1


BORANG  PR3


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA _______________________________


BORANG  PENILAIAN  INTERNSHIP

Perhatian:  Borang ini digunakan untuk penilaian internship yang perlu dilengkapkan mentor dan pengurus sekolah.


Nama Pelajar : ____________________________________ No. K.P.: ______________________


Kursus  : ________________________________          Ambilan : _____________________


Major :  _________________________________          Elektif    : _____________________


Nama Sekolah :  ________________________________________________________________




Rumusan untuk Intership

 

Petunjuk Tahap
                                                                                               
Tahap  1           :  Terdapat banyak kelemahan

Tahap  2           :  Terdapat beberapa kelemahan

Tahap  3           :   Pencapaian sederhana

Tahap  4           :   Baik dalam banyak aspek

Tahap  5           :   Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek




KRITERIA PEMARKAHAN MENGIKUT TAHAP



Tahap

Peratus 10%
Peratus 30%
1
2
3
4
5
0 – 3.9
4.0 – 4.9
5.0 – 6.4
6.5 – 7.9
8.0 – 10.0

0 – 11.9
12.0  – 14.9
15.0 – 19.4
19.5 – 23.9
24.0 – 30.0

               




 

      BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR3)


Arahan: Sila bulatkan angka yang berkenaan



Aspek

Tahap


Ulasan

A.  INTERPERSONAL & INTRAPERSONAL
      (10 markah)

1    2    3    4    5


     
-       Komunikasi
-       Hubungan dengan murid
-       Hubungan dengan kakitangan sekolah
-       Hubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat
    (Rujuk Portfolio Internship)                                                
                  
 
 



Markah A =

__________










B.   PERANCANGAN PROJEK/AKTIVITI
             (10 markah)

1    2    3    4    5

  
  -    Pelan tindakan disediakan
  -    Matlamat jelas dan sesuai
-    Menyatakan dengan jelas pihak terlibat
-    Tempoh masa pelaksanaan projek/aktiviti  sesuai
       (Rujuk perancangan)


Markah B =

__________



C.  PELAKSANAAN PROJEK/AKTIVITI
       (30 markah)

1    2    3    4    5

  -     Mengikut jadual perancangan
Markah  C =
  -     Penglibatan aktif peserta

  -     Pengendalian projek/aktiviti lancar

  -     Maklum balas/komen peserta
__________
       






D.    PENILAIAN PROJEK/AKTIVITI     (10 markah)
1    2    3    4    5

     

  -     Menyediakan laporan projek/aktiviti

  -     Cadangan penambahbaikan
Markah D =
  -     Laporan akhir pelaksanaan projek/aktiviti

 
__________
       




E.    JURNAL REFLEKTIF     (10 markah)


1    2    3    4    5

  -     Mengenal pasti masalah


  -     Mengenal pasti punca masalah


  -     Merancang strategi penyelesaian masalah
Markah  E  =

  -     Melaksanakan strategi penyelesaian masalah


  -     Penilaian kendiri dan rumusan
__________

          
                         









Aspek

Tahap

Ulasan


F. SIKAP DAN SAHSIAH   (30 markah)
 
1    2    3    4    5



    - Mempunyai matlamat

    - Bermotivasi tinggi- berusaha mencapai matlamat

    - Berfikiran terbuka- dengar pandangan orang lain

    - Mampu mempengaruhi dan memimpin orang
Markah  F  =
       berusaha mencapai matlamat

    - Mampu menyelesaikan masalah

      (Rujuk Portfolio Internship)
__________







Jumlah Keseluruhan Markah    =   (A + B + C + D + E +F )  =  _______%

 

RUMUSAN KESELURUHAN











                                                                                                            
Tandatangan Mentor                                                         Tandatangan Guru Besar dan Cop 




________________________________                             _______________________________            
(Nama:                                                               )                            (Nama:                                                                  )
                         
                                   

           
                                               
Tarikh:    _________________________                          




                                                                        

0 comments:

Post a Comment