PBS / SBE


PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1.       KONSEP


Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah,  tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.


2.       OBJEKTIF

Melalui Pengalaman Berasaskan  Sekolah (PBS),  pelajar dapat

(i)            memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;
(ii)           menghayati kerjaya seorang guru;
(iii)          memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah;

(iv)         mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid;

(v)          memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran;

(vi)         membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;

(vii)        mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah;

(viii)       membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal;

(ix)         membina sikap positif terhadap profesion keguruan;

(x)          membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan

(xi)         mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi  selepas PBS dilaksanakan.









3.         STRATEGI PELAKSANAAN

(i)            Tempoh

Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Program
Semester
Tempoh
Penempatan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

1
1 Minggu
Sekolah Rendah
2
1 Minggu
Sekolah Rendah
3
1 Minggu
Sekolah Rendah
4
1 Minggu
Sekolah Rendah



            (ii)        Penempatan

Pelajar ditempatkan di sekolah rendah tertentu dan diuruskan oleh Unit Praktikum IPGM dengan kerjasama Penyelaras PISMP dan jabatan mata pelajaran major/elektif masing-masing. Penempatan hendaklah mengambil  kira lokasi, saiz dan jenis sekolah yang berbeza-beza mengikut semester. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum.


            (iii)      Prosedur Pelaksanaan
                                                                                                       
a)            BPG akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tentang Pengalaman Berasaskan  Sekolah (PBS).

b)            IPGM akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar dan pelaksanaan PBS.

c)            IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pelajar.

d)            IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.

e)            Jabatan Ilmu Pendidikan, mata pelajaran major/elektif memberikan panduan pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.

f)             Hasil aktiviti PBS akan dibincang bersama pensyarah yang berkenaan semasa sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi. (rujuk Jadual 2.2).



Jadual 2.2: Pengalaman Berasaskan Sekolah  Mengikut Semester

Semester
Mata Pelajaran

1
Pengajian Profesional
2
 Major
3
Elektif 1
4
Elektif 2



(iv) Aktiviti Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah
a)            Pelajar dikehendaki memperolehi maklumat umum tentang sekolah di mana mereka menjalani setiap PBS berdasarkan Lampiran 1-7A.
b)            Pelajar juga dikehendaki melaksanakan aktiviti PBS berdasarkan semua aspek yang dtetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan dan jabatan mata pelajaran major / elektif masing-masing berdasarkan semester yang ditetapkan..
c)            Jabatan Ilmu Pendidikan, jabatan mata pelajaran major dan jabatan mata pelajaran elektif hendaklah merancang  aktiviti PBS berdasarkan format dan tema aktiviti  yang dicadangkan di dalam Lampiran 1-7B

4.         KEHADIRAN  

a)            Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib.

b)            Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan  doktor/pegawai perubatan.

c)            Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat kebenaran daripada  Pengarah/Timbalan Pengarah IPGM.

d)            Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang ditetapkan.






5.         STATUS PELAKSANAAN PBS

Pelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan berikut:

a)            Kehadiran pelajar dalam PBS (Lampiran 1-8)

b)            Menyempurnakan aktiviti PBS (Lampiran 1-7)

c)            Melengkapkan Portfolio individu (Lampiran 1-2 dan 1-3)

d)            Laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-8 dan dan 1-9)


6.         PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

            (i)         Pelajar:

a)                            Menghadiri taklimat PBS;

b)                            Memahami objektif PBS;

c)                            Melaksanakan aktiviti PBS;

d)                            Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS;

e)            Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPGM dan peraturan sekolah;

f)             Membuat pemerhatian terhadap iklim pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan kelengkapan sekolah;

g)            Berbincang dengan pihak sekolah tentang aktiviti yang dilaksanakan di sekolah;  

h)            Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta pengurusan kelas sebagai bahan refleksi;

i)               Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan dalam portfolio individu;

j)              Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah tentang pengalaman yang diperoleh semasa menjalani PBS;

k)            Menyerahkan hasil aktiviti PBS kepada pensyarah mata pelajaran Ilmu Pendidikan, major/elektif masing-masing pada masa yang ditetapkan untuk perbincangan bersesuaian dengan objektif PBS;






(ii)        Sekolah


a)            Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah

b)            Bekerjasama dengan pihak IPGM dalam menjayakan PBS

c)            Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran sekolah/pengajaran/aktiviti guru

d)            Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti PBS

e)            Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah

f)             Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan mengesahkan Borang Kehadiran PBS

g)            Melaporkan kemajuan pelajar dengan menggunakan Borang Laporan Perkembangan Pelajar (rujuk Lampiran 1-8 dan 1-9)

h)            Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar

i)              Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan PBS dilaksanakan dengan sempurna

j)              Membantu pelajar meningkatkan perasaan cinta terhadap alam persekolahan dan profesion keguruan.


(iii)       IPGM (Unit Praktikum, Penyelaras PISMP dan Jabatan Ilmu Pendidikan/Major/Elektif)

a)            Memahami, menghayati dan melaksanakan PBS mengikut Garis Panduan Pelaksanaan PBS

b)            Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar untuk PBS

c)                    Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS ke sekolah-sekolah yang terlibat.

d)            Memastikan aktiviti PBS disediakan pada masa yang ditetapkan dan masa yang mencukupi diberikan kepada pelajar

e)            Memberikan taklimat kepada pelajar berhubung dengan konsep, objektif dan aktiviti dalam pelaksanaan PBS

f)             Mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kes-kes yang memerlukan tindakan

g)                    Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan

h)             Memastikan pelajar melaksanakan aktiviti PBS dan menyerahkan hasil aktiviti kepada pensyarah mata pelajaran yang berkenaan

i)               Mengadakan sesi refleksi selepas PBS tamat (Jabatan yang terlibat)

j)               Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPGM dengan sekolah

k)             Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak IPGM dengan segera





































































   LAMPIRAN  1




























LAMPIRAN 1-1


PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI


1.       Pengenalan

     Pernyataan profesional/kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.


2.                                                                 Tujuan Pernyataan Profesional

2.1   Menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas
2.2   Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik
2.3   Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan
2.4   Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan/ penambahbaikan

3.       Pernyataan Profesional

3.1   Sebelum PBS

·         Kenal pasti fokus utama aktiviti
·         Tujuan aktiviti
·         Merancang strategi pelaksanaan
·         Instrumen penilaian kendiri

3.2   Semasa PBS

·         Melaksanakan aktiviti/strategi yang dirancang
·         Mengumpul data
·         Merekod

3.3   Selepas PBS (refleksi)

·         Menganalisis data
·         Menilai
·         Melapor
           
4.          Penilaian Kendiri Terhadap Pernyataan Profesional
·         Pencapaian objektif
·         Cadangan tindakan susulan/penambahbaikan






LAMPIRAN 1-2
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
PANDUAN PENYEDIAAN PORTFOLIO

1.   Pengertian  Portfolio

1.1   Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi:
1.1.1 Pengetahuan
1.1.2 Kemahiran
1.1.3 Pengalaman
1.1.4 Kelayakan
1.1.5 Matlamat dan pencapaian

1.2  Satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang didokumentasikan dan diperkukuhkan   
       dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif. (Shulman,  
       1992).


2.   Tujuan Portfolio

2.1    Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam PBS

2.2    Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor untuk menilai 

2.3    Perkembangan profesionalisme pelajar.

2.4    Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat pengetahuan dan   pengalaman baru.

2.5   Membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara sistematik dan  profesional.


3.    Ciri-Ciri Portfolio

3.1   Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan refleksi kendiri.
3.2   Hasil yang dibuat sendiri oleh pelajar – menghargai usaha dan diri sendiri.
3.3   Mempunyai maklumat yang berbeza dan mesti dikemaskinikan pada setiap masa.
3.4   Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan, perkembangan dan   penilaian dalam melaksanakan setiap tugasan.


4.  Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolio

4.1  Menyediakan portfolio yang bermakna dan kemas kini berdasarkan senarai semak.
4.2  Menyerahkan portfolio kepada pensyarah untuk disemak selepas PBS.






                                                                                                                    
                                                                                                                                 LAMPIRAN 1-3
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SENARAI SEMAK PENYEDIAAN PORTFOLIO

Bil
Tajuk
Item
Tandakan ü
1
Biodata (ditulis dalam helaian berasingan)
1.1)  Nama

1.2)  No. Kad Pengenalan

1.3)  Major dan Ambilan

1.4)  Tarikh PBS

1.5)  Gambar

2
Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1)
2.1)  Penyataan sebelum PBS

2.2)  Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus

3
Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (yang mana sesuai mengikut keperluan)
3.1)  Pemerhatian

3.2)  Senarai semak

3.3)  Temu bual

3.4)  Soal selidik

4
Kolaborasi (Lampiran 1-4)
4.1)  Perbincangan dengan pengurusan sekolah

4.2)  Perbincangan dengan mentor

4.3)  Perbincangan dengan guru-guru lain

4.4)  Perbincangan dengan kakitangan sekolah

4.5)  Interaksi dengan murid

5
Ilmu/Pengetahuan Baru Melalui
5.1)  Pemerhatian

5.2)  Senarai Semak

5.3)  Temu bual

6
Refleksi (Lampiran 1-6)
6.1)  Aktiviti



6.2)  Perbincangan/Interaksi

7
Laporan Akhir 


Ulasan Pensyarah: ____________________________________________________________

                               _____________________________________________________________

Tandatangan _________________    Nama ___________________________Tarikh _________

LAMPIRAN 1-4
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
REKOD KOLABORASI/INTERAKSI/PERBINCANGAN

Tarikh              : ________________________          Masa   : ___________________________

Nama Guru Yang Ditemui: ______________________________________________________

Tajuk/Perkara : ______________________________________________________________

Isi Perbincangan
Cadangan Tindakan




































Tandatangan   : ____________________________________

Nama              : ____________________________________

Jawatan          : ____________________________________




LAMPIRAN 1-5
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
PENULISAN REFLEKSI

1.   Definisi Refleksi

  • Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)

  • Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual dan soal selidik.

  • Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.

2.  Tujuan Refleksi

  • Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.

  • Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.

  • Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.

  • Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan

3.  Ciri-ciri Refleksi

  • Bermula dengan mengingat kembali
  • Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu
  • Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)
  • Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

4.  Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam PBS

Refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar sendiri untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah:

4.1    Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti membincangkan:

·               Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?

·               Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?

·              Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan  untuk membaiki pelaksanaan aktiviti tersebut ?

·              Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?

4.2    Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di Lampiran 6

LAMPIRAN 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti  yang dijalankan oleh pelajar)


1.  Isu/Perkara yang difokuskan:









2.  Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:

2.1  Kekuatan:










2.2  Kelemahan:













3. Cadangan Penambahbaikan:








(Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)
LAMPIRAN 1-7
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AKTIVITI PROFESIONAL

1.    ARAHAN:  Lengkapkan maklumat umum mengenai sekolah yang disenaraikan di dalam  
                          borang berikut

Bil
Perkara
Catatan / data
1
Nama dan Alamat Sekolah

2
No. telefon sekolah

3
Alamat e-mail/web Sekolah

4
Lokasi

5
Nama Guru Besar

6
Nama GPK 1

7
Nama GPK HEM

8
Nama GPK Kokurikulum

9
Nama Penyelia Petang

10
Gred Sekolah

11
Bilangan Guru
Lelaki:


Perempuan:
12
Kelayakan Profesional Guru
Siswazah:


Bukan Siswazah:
13
Bilangan Kelas

14
Purata Saiz Kelas

15
Jumlah Murid

Melayu
Cina
India
Lain-lain


Lelaki





Perempuan




16
Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda mengenai sekolah ini















2.    Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah (Gunakan helaian tambahan jika perlu)


2.1  Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor melaksanakan pengajaran pembelajaran.

2.2  Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.

2.3  Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid?   

2.4  Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT ?

2.5  Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran?

2.6  Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu


































                                                                                                                          

Lampiran 1-7B
FORMAT AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1              Tajuk aktiviti – berdasarkan topik di dalam  kurikulum kursus yang ditawarkan pada setiap semester
2              Menyatakan objektif aktiviti yang hendak dicapai dengan jelas
3              Kandungan aktiviti yang dicadangkan
3.1             Aktiviti yang diberikan mestilah melibatkan tugasan
harian yang perlu dijalankan semasa PBS
3.2             Fokus aktiviti ialah :
·                      berkaitan sukatan pelajaran
·                     ada unsur pemerhatian  terhadap P & P
·                     melibatkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah
·                     mengenai persekitaran sekolah (termasuk iklim
dan budaya sekolah)
·                     meliputi sumber pengajaran dan pembelajaran
·                     meliputi strategi pengajaran dan pembelajaran/
kemahiran mengajar
4.          Format Penulisan Laporan Aktiviti PBS
4.1 Format penulisan aktiviti PBS adalah seperti berikut : (cth)
-           font Arial
-           saiz huruf  ialah 12
-           langkau satu setengah baris
-           rujukan mengikut format A.P.A.
-           lampiran
                     4.2 Panjang penulisan aktiviti antara 500 hingga 1000 patah perkataan
      ( 3 hingga 5 muka surat)
                     4.3 Tarikh penyerahan penulisan  aktiviti
(2 minggu selepas tamat tempoh PBS)
 5.        Refleksi selepas PBS dikendalikan oleh Jabatan yang terlibat 

0 comments: